Friday 14 June 2013

Pengalaman semalam

Hye...
Wooppp...jangan gelak aku dah tukar guna lagu yang lama.Feeling-feeling konon !
Ambik mood sikit nak taip malam ni.Wuhuuhu.Exam dah makin hampir ke penghujung!Tadi exam Lukisan Teknikal.Subjek yang paling tak faham selain Perniagaan tu =,=(tak faham kenapa tak tanya).Tulah kata-kata hikmat Dr.Abdullah.
Cepat la habis..Tak sabar nak cutiii..padahal kat rumah lagi bosan.Bulan puasa pon dah nak dekat.Confirm la ramai yang dah cari baju raya.Tak terkecuali aku yang gigih tengah-tengah panas singgah kat Nagoya Jalan TAR.Pilih punya pilih berkenan la kat 1 corak ni.Tunggu untuk dihajit dijahit ja.Tak da yang lain dah aku pakai selain baju tradisi yakni baju kurung. :-)

Mesti ramai nanti yang upload gambar raya.huhu Setakat ni aku tak pernah upload lagi sebab hari raya mesti aku jadi serabai.ngeeekkkkkk
Puasa pun belum.Dah sibuk pasal raya.Biasa la nak jugak feeling-feeling raya memandangkan merantau kat negeri orang ni...

Minggu lepas aku ada order sesuatu dari Hishop.com...dah 2 kali aku beli-beli kat sini.Macam-macam barang penjagaan muka,kulit,kuku n semuanya la..tapi aku beli untuk yang muka ja.Memang best la HISHOP ni sebab:

1)Banyak produk yang kita susah nak cari kat mana-mana ada jual kat sini(macam FARMASI BB Cream).Macam aku yang duduk cerok hulu ni mana nak dapat semua tu
2)HISHOP akan bagi kita 2 barangan free(boleh pilih nak yang mana)
3)Layanan dan pengurusan baik n cekap.Order ja terus dapat email dengan tracking code.Senang nak check kat mana barang order tu.
4)Kotak dia cantikk...hehe pink gittteeeww
5)Tak payah nak gerak mana-mana..10,11 kali klik dah boleh beli macam-macam.


Kotak pon dah buat mata jadi blink-blink *_* 

Best pakai time panas-panas...Sejuk ja muka...

Yang ni  bau dia jujurnya aku cakap nak macam bau kapur kasut sekolah ==' tapi sekali gedepukk  tempek kat  muka rasa mcm letak ais kiub...mempercepat proses tido siang sebab selesa.Tak da peluh-peluh kat muka.

Farmasi BB cream ni dah 3 bulan aku guna.Wangiii..aku guna yang LIGHT01.Guna sikit ja tapi memang best !

untuk buat hantaran pon boleehhhh yang ni...
Sooo...jom la ramai-ramai terjah HISHOP !! 

Dan aku ada 1 lagi cerita....semalam tayar skuter pancit.Terhinjut-hinjut aku dibuatnya.Ingatkan ada something lekat kat tayar.Paling tak voleeyyyhhh belah,aku ingat ada hantu tumpang sebab dah macam terhuyung hayang.Takot sangat...kengkawan pakat slow kan moto n tanya "Kenapa dengan skuetr Husna?" Adoyaiiii..sorry..eden pon tak tahu nak jawab apa...alhamdulillah dengan doa dan keyakinan,Allah swt selamatkan aku.Tak da sedikit pon luka atau calar...Terima kasih sangat kat Nazri Misrom sebab dia banyak tolong semalam dengan hari ni.Nak harapkan aku,memang tak tau sangat bab-bab moto ni.Tau bawak ja..Thanks jugak kat Taufik sebab semangat ja dia nak bawak skuter aku p bengkel cina kat SS tu..you guys buat aku terharu walaupun Topik tu kadang-kadang ngekkks sikit :P Jadi pengajaran yang aku dapat,sebelum nak ke mana-mana,check dulu condition kenderaan kita tak kira motor,kereta,lori bahkan jet sekalipon..Penting tau...Jadi malam-malam macam aku ? Nasib la ramai orang lagi.

Relaxnya aku sebab esok tak da exam.Naik benjol kepala sebab 4 hari berturut-turut.Hampir-hampir ja kepala aku jadi ikan lohan.K salammmm ~


No comments:

Post a Comment