Friday 26 October 2012

Need You T.T

Entah mengapa aku rasa macam "kehilangan" sesuatu.
apa yang hilang tu tak dapat dikenalpasti lagi.


kadang2 baik simpan sorang2

tension sorang2

aku rasa aku perlukan seorang pendengar dan teman yang setia disamping aku.tapi..........hmmm


Layan lagu ni jom :
 
                                         
                                                        "Aku yang kau panggil sayang"
Buat jiwang sorang2 lak.

tu ja.Semoga KDH sihat :( Salam ~

Friday 19 October 2012

Small transformation.Maybe.

Salam.Hai.
Ada apa-apa perbezaan tak ?
8 tahun.

17tahun.

18tahun.


19tahun.


19tahun ** bulan ** hari.Dan sekarang sudah berperangai begini.
Sweet dream.Daa. :)






Wednesday 17 October 2012

Green

                                                             Assalamualaikum...
Huhu.Siap test hortikultur tadi.Penat sangat fikir nak tulis apa nama saintifik pokok.Last-last tercipta jugak nama pokok yang tak wujud.Haha Ramboutan sp.Aku cipta untuk pokok pulasan.Ramboutan tu betol dah.Tapi yang belakang tu tak tau.Sadis sgt T_T
Rindu umah.Tak da tempat nak cerita betapa merindui kawasan,bau daun,bau tanah,bau pokok,bunyi burung,bunyi helikopter TUDM berkeliaran atas langit time tengah hari.Kronik sungguh kerinduan macam ni.Huhuk :(

Kehijauan kat rumah:
Pokok asam tempat dok ambik angin petang :)



Pokok sireh untuk tok,wan makan pinang hihi

Pokok dokong.Nak makan ambik ja.Sini? Beli..:(


Sarang burung.Kesian burung yg tak dak umah.Takut burung wat kawasan setinggan lak.Jadi,ayh ambek nyoq buat umah kat brung.
Kehijauan kat Upm:
Rasa sangat sejuk bila duduk bawah ni.

pokok ni sangat cantik kan? Cm kat oversea lak.


Dan antara budak yang dirindui:
Hazim boy

Syahmi Adha(mito,ami)
Dua orang ni anak sepupu.Dok main dengan depa sejak depa kecik lagi.Balik nanti along cena dukung ami dengan hazim ok ? :(

alyvea(adik sepupu yg comel)
Sedih.Salam..

Saturday 13 October 2012

Chef 15 minit


Assalamualaikum...

the roti of sosej

Nampak sedap dak ? Mungkin ya mungkin tidaaakkk.Hujan mengingatkan aku kepada benda ni.Ni aku buat masa bulan puasa hari tu.Senang ja nak buat.Aku tiru makcik kat Kmk Changlun buat dulu.hihihi.Boleh la buat makan.Nak kata kenyang sangat tu tak la.

Bahan-bahan:
1)Roti gardenia ataupun apa-apa jenis roti sandwich
2)Telur + tambah garam sikit
3)Sosej
Kuali,minyak tu mang wajib la kan.

Mula-mula,ambik roti tadi pastu gulung dengan sosej.Heeew..Pastikan gulung bagi kemas.
Dah gulung,celup lam telur.Lepas tu goreng...
Lepas tu ? Ngap ja la :P

Sangat2 senang kan ?
Cubalah.....

Hari khamis baru2 ni p fakulti senibina.Tengok pokok.Bosan.Jujur.:P Berikut gambar2 yang di snap





:))
           

Saja pura-pura berjalan.
                           


kurang pasti ni gaya apa.


                               

aku wajib ada sama :PP

ok.daa
**Gambaq nmpak cam blurr sebab dah di resize







Wednesday 3 October 2012

| Hijau Daun |

'Moral kian terhakis'-baru lepas tengok 1 video kat Youtube.Tajuk Kau dan Aku.Ingatkan tentang cinta Si A kepada Si B.Tapi bukan.Sebenarnya tu video tentang akhlak remaja zaman sekarang yang terlalu taksub dengan cinta pada pasangannya(dalam konteks yang belum kahwin).Bagus2.Ada jugak insan yang sudi edit buat video tu.Boleh juga memperbaiki diri.Dengan background muzik yang agak "seram".huhu

Saja suka-suka menaip kat blog.Tadi ada lab hortikultur.Bagi yang tak faham,hortikultur tu macam subjek tentang pokok,daun,bunga dan sebagainya.Subjek ni nama penuh dia HORTIKULTUR HIASAN.3 minggu masuk makmal tu kena lukis 40 jenis daun seminggu.

             3 minggu x 40 lukisan = 120 lukisan daun + pengsan+tertungging+terguling

Hasil darab yang menggambarkan betapa penatnya melukis.Oveeerrrr....
contoh lukisan yang berjaya.

Hanya menerima lukisan pokok untuk tempahan :P
Berat mata memandang,berat lagi bahu memikul.hehe Ni baru lukisan.Tapi kami dikehendaki buat album pokok.Ambil daun(cari sendiri) lepas tu keringkan 1 bulan buat album.Nak kena jaga daun macam jaga anak.Siap kena bagi pengudaraan.Kalau tak,daun jadi berkulat.Hiiiiiiiissssssssssshhhhh.

Memang dah azam sampai ke tua tak nak buang album tu.Cadang nak tunjuk kat anak cucu.:p
Padahal album masih dalam proses pembikinan.Berangan kuat tengah2 hari ni.
Mungkin student course lain yang terbaca post ni akan anggap ni benda mudah.Tapi hakikatnya tidaaaakk....Ada jugak yang cakap Sains Pertanian tu senang.Dalam fikiran "Sp..ooo..tanam sayur".
SP bukan hanya melibatkan sayur-sayur...Dulu masa temuduga utk course ni pun fikir macam tu juga sebenarnya :)

Wajah-wajah "gembira" cari pokok.Time ni lawan baling batu dalam tasik
*macam filem kat Tv slalu buat* hiii
Sesungguhnya,sekarang ni tengah rindu zaman sekolah(Time sekolah dulu teringin nak tinggalkan sekolah cepat2).Huhu

Muka sesuci lebaran.Darjah 2 tahun 2000.
Masih disimpan rapi.
                               
Sekarang da rindu balik.Apa sudah jadi... :D Terima kasih kerana membaca post yang entah apa-apa ni.Mungkin si pembaca dapat faham karakter Cik Husna melalui blog ni.Sekian.Selamat merehatkan diri :)