Friday 22 July 2016

Bersama Orang Baru :)

Assalamualaikum my blog ! Blog yang telah aku lupakan sejak masuk final year tahun lepas dan lepas tu masuk alam kerja.hihi Kalau ingat balik,kewujudan blog ni pun sebab lecturer aku bagi tugasan dulu melalui blog.If not,tak da nya aku rajin nak buat semua ni tauuuuu...zazzzzzz

Okay.Untuk pengetahuan,aku dah selamat mendirikan rumah tangga pada 25/12/2015.Itu pun lepas aku habis perkhidmatan sebagai warden kepada pelajar tahfiz perempuan tempat aku kerja.Aku ni kiranya cikgu + warden la...So,aku pun menjalani hidup macam orang lain juga lepas kahwin,Pindah duduk dengan suami dan acah-acah berdikari berdua :)

Aku dan suami bernikah dulu,kemudian bulan 3 baru kami buat kenduri perkahwinan.Memang agak pelik dari orang lain kat kampung aku.hahaha tapi aku peduli apa..Tok dan wan sebenarnya yang agak mendesak supaya kami bernikah dulu.Tapi semua tu ada hikmahnya.Tarikh 25/2/2016,Allah dah tentukan Dia akan ambil nyawa tok dan pergi dari kami semua..



Bayangkan 12/3 kenduri,25/2 tok takda..Sedih tu Allah ja tau.Aku sampai la duk rasa yang tok masih ada di rumah dan tunggu aku balik.Aku sejak lahir duduk sekali dengan tok.Sakit,demam aku semua tok jaga disamping mak aku.Dan tok pergi dalam keadaan mengejut..Last jumpa masa Chinese New Year.Waktu tu aku tengah busy lipat kotak doorgift.Tok pun duk belek-belek sambil senyum dan berkata ...

"Zaman dulu takda macam ni..la ni macam-macam ada.."

Al-fatihah untuk arwah tok,Hajjah Dah Binti Said.I love you so much :')

Ok.Nak dijadikan cerita,dalam sebulan lepas kenduri kahwin masing-masing dah sibuk tanya aku dah mengandung ke,dah ada isi ke..dan of course la takda lagi ! Ada yang suruh aku buat pregnancy test segala bagai but i know myself.Waktu tu pulak,aku dapat interview dari SPP.Untuk jadi guru sekolah kerajaan.Aku pun sibukkan diri untuk study sampai pertanyaan tu semua aku dah makin lupa(tapi dalam hati still aku berharap).Ada juga yangg cakap mungkin bunting harimau(pregnant tapi datang period).Alamakkk...taknak la aku.Aku nak pregnant secara normal.Tak nak berharimau bagai.


Jadi,hari demi hari bulan demi bulan...sampai la masuk bulan Ramadhan @ June.Bulan ke 6 aku jadi bini orang..Waktu ni aku dah lewat period baru seminggu ja.Tapi malam tu saja decide nak beli pregnancy test.Kali ni beli yang mahal sikit..RM19(mahal bagi aku).hahaha Sebelum ni beli yang RM8 ja..sebab bagi aku,kalau beli mahal-mahal pastu negatif,buang duit ja..

Esok pagi dalam pukul 9 macam tu aku pun dengan hati yang ingin tahu sangat-sangat,pi la buat test tu.Dalam hati cakap ..

"Kalau ada,ada la..kalau takda mungkin lain kali"

Dan result yang ditunjukkan....


Double line ! Pekat pulak tu warnanya.,this mean yang aku pregannt..Oh yeayyy ! Aku punya terkejut sampai tangan jadi ketar-ketar dan tiba-tiba mai perasaan takut.Grrrrrrr..kalau orang lain,aku tak tau camna..tapi aku suka + takut.hahaha Selang 2,3 hari macam tu,aku dan suami pi confirmkan dengan Pusrawi Hospital,Kota Damansara.Dalam hati aku duk pikir juga kot test ni menipu.kih3

Waktu ni baru 5 weeks.Masa first scan.
First time scan,doktor cakap tu baru ada kantung dia.Yang bulat kecik tu.Suami aku ingat yang tu mata.haaha awal lagi untuk mata terbentuk.

Sekarang da 9 weeks(da masuk 3 months!)
Haa sekarang da nampak rupa sikit.Ada kepala dan nampak the formation of baby's body..Titik tengah-tengah tu jantung dia... :")

Tolong membesar dengan baik yaa..Tak kisah la lelaki ka perempuan,janji sihat dan comel.haha Ayah awak duk excited dengan kemunculanmu..hahah
Ok,wassalam ..