Tuesday, 5 June 2012

RUMPAI (WEEDS)

Apakah itu rumpai?
Rumpai ialah tumbuhan yang tumbuh bukan pada tempatnya.Ia ialah sesuatu yang kita tidak kehendaki pada umumnya dan juga tidak diketahui manfaatnya.Yang memburukkan keadaan ialah kerana rumpai akan bersaing dengan tanaman untuk mendapatkan ruang,nutrien,cahaya dan lain-lain yang bertunjangkan faktor pertumbuhan.
Contoh gambar rumpai
Apakah ciri-ciri rumpai?
-mengeluarkan biji benih yang banyak
-pertumbuhan populasi yang sangat cepat
-ada biji benih yang dorman(ketahanan tinggi)
-mempunyai adaptasi untuk merebak
Apa pula masalah yang bakal dihadapi akibat masalah rumpai yang tidak dikawal?
-hasil tanaman berkurang
-kualiti hasil rendah
-menjadi hos kepada patogen
Sungguhpun rumpai memberi masalah,namun ada juga kebaikkannya;
-melindungi tanah dari hakisan
-habitat dan makanan hidupan liar
-sumber nektar untuk lebah
-menambahkan bahan organik dalam tanah apabila ia mati dan mereput
-mempunya nilai estetika

Lalang merupakan contoh rumpai yang sangat sukar dihapuskan 


No comments:

Post a Comment