Monday, 24 October 2016

PJJ itu perit

Tahukah anda apa itu PJJ? Yang pasti,ia bukan sejenis teknologi terkini mahupun gadjet berjenama luar negara.
.
PJJ refer to Perkahwinan Jarak Jauh ye makcik-makcik sekalian.Tahu tak sejak aku bernikah hujung tahun lepas,aku ni 24jam dengan suami aku ja.Pi dan balik kerja diambil dihantar.Sakit dan demam semua dijaga.Makan dan minum bersama-sama.. :')

Tup tup kena duduk asing :'( Siapa tak sedih oii...kalau sendiri tak pa lagi.Tapi sekarang berbadan dua..huhu Aku tau ramai ja pasangan PJJ kat negara ni.Malah kat negara asing pun ada kan.Baru aku faham perasaan dan keadaannya,Lagi membuat aku terasa susah bila aku takda transport nak ke sekolah.Transport membataskan segalanya.

Tapi alhamdulillah semua dipermudahkan.Allah menjaga aku di sini.Semua aku doa ja supaya aku tak da menyusahkan sesiapa sangat dan sihat-sihat ja.Bila ingat balik,hari sebelum bertolak ke Teluk Intan ni aku muntah teruk.Sampai nak lembik.Terdetik dalam hati aku tak nak melapor diri sebab tak nak berjauhan.Tau ja result posting bulan 8 hari tu,memang aku happy.Tapi setiap malam menitik air mata sampai suami aku ni tak larat nak lap :'(.Padahal dia tak tau,lagi dia lap,lagi aku sedih.
(Bila hang keja KERAjaan,hang kena redha mana depa nak letak hang!)

Malam first tu duk rumah maknjang Ida(anak tok lang Mud) gara-gara rumah sewa yang disaster ! Mujurlah ada saudara juga kat sini walaupun jarak dalam 40 minit jugak la nak ke Kolej Vokasional Teluk Intan ni.Kesian sangat suami aku sebab macam bekorban sangat sebab kesiankan aku dan kandungan.Lepas lapor diri dan taklimat sikit,dapat perlepasan balik awal,terus cari rumah sewa.Penat sangat dekat tak cukup rest tapi mujurlah dalam 6 p.m,dapat rumah sewa ! yayyy tapi still malam tu kami tido hotel.Yelaaa sebab rumah tu belum cuci.

Esoknya,beliau tolong pindahkan barang dan tolong cuci apa yang patut.Tq nyanya :") Malam sebelum balik Kota Damansara,dia bawa aku p Giant dan makan pizza.Aku memang takda mood sangat sebab nak kena tinggal kan.Sedihhhhhhhh...

Jadi,hari-hari aku lalui kat sini dengan memangkah kalendar semata-mata tunggu weekend sebab nak balik ! :'D Tiap minggu aku balik dengan dijemput dan dihantar.Sebab beliau tak bagi balik dengan bas.Punyala risau pasal kandungan dan aku.ermm Kos setiap kali ulang alik mencecah RM200 ok !!!

So,KPM...tak bolehkah anda lebih mesra keluarga dalam menentukan petempatan pegawai?Bukan aku saja tapi ramai lagi pasangan yang kronik berjauhan dengan pasangan.Habis tu apa guna minta sijil nikah segala bagai masa isi posting?

Wsalam,guru duka lara.


Thursday, 29 September 2016

Takdirku di sini?


Sekarang dah sebulan lebih aku bekerja di Teluk Intan,Perak.Spesifik lagi di Kolej Vokasional Teluk Intan.Dan.....................
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Aku masih mencari hikmah kenapa aku di sini.Tengah mengandung pulak tu :( Berjauhan dan terpaksa survive.Susah ke? Allah ja tahu.

Ya Allah,tolonglah aku.
Aku perlukan suami.
wassalam.

Friday, 22 July 2016

Bersama Orang Baru :)

Assalamualaikum my blog ! Blog yang telah aku lupakan sejak masuk final year tahun lepas dan lepas tu masuk alam kerja.hihi Kalau ingat balik,kewujudan blog ni pun sebab lecturer aku bagi tugasan dulu melalui blog.If not,tak da nya aku rajin nak buat semua ni tauuuuu...zazzzzzz

Okay.Untuk pengetahuan,aku dah selamat mendirikan rumah tangga pada 25/12/2015.Itu pun lepas aku habis perkhidmatan sebagai warden kepada pelajar tahfiz perempuan tempat aku kerja.Aku ni kiranya cikgu + warden la...So,aku pun menjalani hidup macam orang lain juga lepas kahwin,Pindah duduk dengan suami dan acah-acah berdikari berdua :)

Aku dan suami bernikah dulu,kemudian bulan 3 baru kami buat kenduri perkahwinan.Memang agak pelik dari orang lain kat kampung aku.hahaha tapi aku peduli apa..Tok dan wan sebenarnya yang agak mendesak supaya kami bernikah dulu.Tapi semua tu ada hikmahnya.Tarikh 25/2/2016,Allah dah tentukan Dia akan ambil nyawa tok dan pergi dari kami semua..



Bayangkan 12/3 kenduri,25/2 tok takda..Sedih tu Allah ja tau.Aku sampai la duk rasa yang tok masih ada di rumah dan tunggu aku balik.Aku sejak lahir duduk sekali dengan tok.Sakit,demam aku semua tok jaga disamping mak aku.Dan tok pergi dalam keadaan mengejut..Last jumpa masa Chinese New Year.Waktu tu aku tengah busy lipat kotak doorgift.Tok pun duk belek-belek sambil senyum dan berkata ...

"Zaman dulu takda macam ni..la ni macam-macam ada.."

Al-fatihah untuk arwah tok,Hajjah Dah Binti Said.I love you so much :')

Ok.Nak dijadikan cerita,dalam sebulan lepas kenduri kahwin masing-masing dah sibuk tanya aku dah mengandung ke,dah ada isi ke..dan of course la takda lagi ! Ada yang suruh aku buat pregnancy test segala bagai but i know myself.Waktu tu pulak,aku dapat interview dari SPP.Untuk jadi guru sekolah kerajaan.Aku pun sibukkan diri untuk study sampai pertanyaan tu semua aku dah makin lupa(tapi dalam hati still aku berharap).Ada juga yangg cakap mungkin bunting harimau(pregnant tapi datang period).Alamakkk...taknak la aku.Aku nak pregnant secara normal.Tak nak berharimau bagai.


Jadi,hari demi hari bulan demi bulan...sampai la masuk bulan Ramadhan @ June.Bulan ke 6 aku jadi bini orang..Waktu ni aku dah lewat period baru seminggu ja.Tapi malam tu saja decide nak beli pregnancy test.Kali ni beli yang mahal sikit..RM19(mahal bagi aku).hahaha Sebelum ni beli yang RM8 ja..sebab bagi aku,kalau beli mahal-mahal pastu negatif,buang duit ja..

Esok pagi dalam pukul 9 macam tu aku pun dengan hati yang ingin tahu sangat-sangat,pi la buat test tu.Dalam hati cakap ..

"Kalau ada,ada la..kalau takda mungkin lain kali"

Dan result yang ditunjukkan....


Double line ! Pekat pulak tu warnanya.,this mean yang aku pregannt..Oh yeayyy ! Aku punya terkejut sampai tangan jadi ketar-ketar dan tiba-tiba mai perasaan takut.Grrrrrrr..kalau orang lain,aku tak tau camna..tapi aku suka + takut.hahaha Selang 2,3 hari macam tu,aku dan suami pi confirmkan dengan Pusrawi Hospital,Kota Damansara.Dalam hati aku duk pikir juga kot test ni menipu.kih3

Waktu ni baru 5 weeks.Masa first scan.
First time scan,doktor cakap tu baru ada kantung dia.Yang bulat kecik tu.Suami aku ingat yang tu mata.haaha awal lagi untuk mata terbentuk.

Sekarang da 9 weeks(da masuk 3 months!)
Haa sekarang da nampak rupa sikit.Ada kepala dan nampak the formation of baby's body..Titik tengah-tengah tu jantung dia... :")

Tolong membesar dengan baik yaa..Tak kisah la lelaki ka perempuan,janji sihat dan comel.haha Ayah awak duk excited dengan kemunculanmu..hahah
Ok,wassalam ..