Wednesday, 19 June 2013

Bila hati dah sayang


                              Waaahhh...tajuk pon dah nampak feeling jiwang tu ! Hahaha
Aku just nak share lagu-lagu jiwangs meleleh terleleh dan meletups 90-an aku dok khatam setiap hari.Lol :'D 
Nanti dah cuti aku jarang nak online dah.Maklumlah tak da line..sobbs...Kalau online pon kerja aku tukar gambar fb,buat status yang ntah apa-apa...aku tak tau la kalau ada orang tak suka..tapi whatever I did,I punya fasal la...hehe

Aku minat lagu-lagu sebegini ropa sejak darjah 4 ka 5 ntah...First yang aku suka lagu SPOON-memori sekuntum Rindu...Pada masa yang sama,time darjah 4 sampai drjah 6 aku pon jadi gila Korea.Penangan cita Winter Sonata ngan Autumn in My Heart..Fanatiknya aku sampai dalam beg duit cinonet aku masa darjah 4,aku sanggup gunting gambar pelakon korea..gambar au sendiri tak da tak pa.Janji dapat ku tatap wajah pelakon encem tuh...Kronik sungguh aku...Pastu aku dok wat fanatik Meteor garden plak..Yang F4 dari Taiwan tu.Siap ada buku 555 yang saiz besar sikit tu untuk aku lukis bukan Shan Cai ngan yang F4 punya...Dialog yang sweet2 pon aku akan tulis...Hai la husna...

Bukan tu saja,kat meja study yang ayah aku beli masa aku 6tahun dulu pun aku tempek gambar pelakon korea.Kat meja tu ada rutin harian aku...Kat tepi jadual harian tu la banyak gambar pelakon.Konon-konon buat pembakar semangat nak p sekolah pagi-pagi..Yang tak voleeyyyhh belah,kat jadual tu aku tulis (Pukul 9: Tengok TV,hari sabtu pukul 7 :tengok doremon,pukul 10:berus gigi) kah3..Sampai skng jadual tu ada lagi kat meja tu...

Kenapa aku cerita pasal korea sedangkan aku nak highlight kat lagu jiwang?Ni la jadi bila tak buat rangka karangan.Walaupun penyanyi jiwangss ni tak da la hensem sangat tapi suara ngan lirik tu .... mantop ! (gaya ustaz zamri) Huhu Muka depan ada yang misai tebal,ada yang terlalu kurus cengkung,..yang paling tak tahan style buat rambut ekor kucing...alahhh comel sangat.Hihi Mesti zaman-zaman tu,style macam tu dah dikira rock habes...kih33 !Aku layan time-time dok saja,bila mai mood nak berangan,mood tak tentu pasal :)
Memang gedebuk cair habis.Sekali dengan air mata pon cair :( tapi kena diam-diam ja :p Malu la weoll dah 21 pon nak nangis dengar lagu....haha

Jom buat checklist lagu-lagu yang best

1)Bila Hati Dah Sayang
2)Engkau yang Ku Cinta
3)Usah Ditambah Bara Yang Tersimpan
4)Bunga
5)Bukan Tak Setia
6)Cinta Mu Mekar Di Hati
7)Ratuku

Hissshhh tak larat aku nak taip.Tengok sendiri la gambar ni :

Folder lagu jiwang berkarat..ni baru sikit
Aku tak faham ada kawan dulu kata muka aku sesuai dengan lagu omputeh...so,aku guna ayat dia untuk kata kat kgkwan yang suka lagu jiwang gak...haha

Beg? Termasuk dalam kategori dangdut :)
Nak study belom sampai seru.Padahal esok paper last.This will be my last blog update.I think.hehe tak sabar nak balik hoooray kat umah ni..

yeye ! Cutiii..sila jelossss ! (Fokus kat hidung) haha
         Tadi dah settle dobi baju,cadar,toto,tudung-tudung...tadaaaaa...

Ni baru angkat..Belambak lagi kat ampaian.
                               
                                  " Ada aku kisah hang nak dobi ka nak apa?"

Emmm...Tu ka kot nak cerita kat sini...Lepas cuti kita story2 lagikkkk :) love u

Aku tak harap apa-apa pon dari blog mini nie...aku just nak sesapa ni faham aku gitu-gitu ja :p Aku ok dengan orang yang ok ngan aku..tAPI aku tak suka dengan orang yang cakap kasar n boleh buat hati aku sodihhhh....eceeehhhhhhhhhhh ~
Mana-mana kawan nak contact time cuti,msg/call kat no 013-492**&& taw...jgn 013-429^&*% kerna sudah ku wariskan pada ayah 3 tahun yang lalu..K..salam

                AZAM:NAK TERAWIH LENGKAP ! USAHA !!
                                                     



Friday, 14 June 2013

Pengalaman semalam

Hye...
Wooppp...jangan gelak aku dah tukar guna lagu yang lama.Feeling-feeling konon !
Ambik mood sikit nak taip malam ni.Wuhuuhu.Exam dah makin hampir ke penghujung!Tadi exam Lukisan Teknikal.Subjek yang paling tak faham selain Perniagaan tu =,=(tak faham kenapa tak tanya).Tulah kata-kata hikmat Dr.Abdullah.
Cepat la habis..Tak sabar nak cutiii..padahal kat rumah lagi bosan.Bulan puasa pon dah nak dekat.Confirm la ramai yang dah cari baju raya.Tak terkecuali aku yang gigih tengah-tengah panas singgah kat Nagoya Jalan TAR.Pilih punya pilih berkenan la kat 1 corak ni.Tunggu untuk dihajit dijahit ja.Tak da yang lain dah aku pakai selain baju tradisi yakni baju kurung. :-)

Mesti ramai nanti yang upload gambar raya.huhu Setakat ni aku tak pernah upload lagi sebab hari raya mesti aku jadi serabai.ngeeekkkkkk
Puasa pun belum.Dah sibuk pasal raya.Biasa la nak jugak feeling-feeling raya memandangkan merantau kat negeri orang ni...

Minggu lepas aku ada order sesuatu dari Hishop.com...dah 2 kali aku beli-beli kat sini.Macam-macam barang penjagaan muka,kulit,kuku n semuanya la..tapi aku beli untuk yang muka ja.Memang best la HISHOP ni sebab:

1)Banyak produk yang kita susah nak cari kat mana-mana ada jual kat sini(macam FARMASI BB Cream).Macam aku yang duduk cerok hulu ni mana nak dapat semua tu
2)HISHOP akan bagi kita 2 barangan free(boleh pilih nak yang mana)
3)Layanan dan pengurusan baik n cekap.Order ja terus dapat email dengan tracking code.Senang nak check kat mana barang order tu.
4)Kotak dia cantikk...hehe pink gittteeeww
5)Tak payah nak gerak mana-mana..10,11 kali klik dah boleh beli macam-macam.


Kotak pon dah buat mata jadi blink-blink *_* 

Best pakai time panas-panas...Sejuk ja muka...

Yang ni  bau dia jujurnya aku cakap nak macam bau kapur kasut sekolah ==' tapi sekali gedepukk  tempek kat  muka rasa mcm letak ais kiub...mempercepat proses tido siang sebab selesa.Tak da peluh-peluh kat muka.

Farmasi BB cream ni dah 3 bulan aku guna.Wangiii..aku guna yang LIGHT01.Guna sikit ja tapi memang best !

untuk buat hantaran pon boleehhhh yang ni...
Sooo...jom la ramai-ramai terjah HISHOP !! 

Dan aku ada 1 lagi cerita....semalam tayar skuter pancit.Terhinjut-hinjut aku dibuatnya.Ingatkan ada something lekat kat tayar.Paling tak voleeyyyhhh belah,aku ingat ada hantu tumpang sebab dah macam terhuyung hayang.Takot sangat...kengkawan pakat slow kan moto n tanya "Kenapa dengan skuetr Husna?" Adoyaiiii..sorry..eden pon tak tahu nak jawab apa...alhamdulillah dengan doa dan keyakinan,Allah swt selamatkan aku.Tak da sedikit pon luka atau calar...Terima kasih sangat kat Nazri Misrom sebab dia banyak tolong semalam dengan hari ni.Nak harapkan aku,memang tak tau sangat bab-bab moto ni.Tau bawak ja..Thanks jugak kat Taufik sebab semangat ja dia nak bawak skuter aku p bengkel cina kat SS tu..you guys buat aku terharu walaupun Topik tu kadang-kadang ngekkks sikit :P Jadi pengajaran yang aku dapat,sebelum nak ke mana-mana,check dulu condition kenderaan kita tak kira motor,kereta,lori bahkan jet sekalipon..Penting tau...Jadi malam-malam macam aku ? Nasib la ramai orang lagi.

Relaxnya aku sebab esok tak da exam.Naik benjol kepala sebab 4 hari berturut-turut.Hampir-hampir ja kepala aku jadi ikan lohan.K salammmm ~


Wednesday, 5 June 2013

Stador week

Assalamualaikum...
Sekarang ni tengah study week.Padahal kalau cakap seharian aku sebut SEKARANG=LA(bahasa kedah).Saja buat nerd sikit kat blog.Study week yang tak macam study week.Aku rasa study week kali ni la yang paling teruk.Orang kata lagi bertambah semester,kena lagi skor.Tapi kalau gini la caranya,jenuh nak menjawab dengan Fak Dolah nanti.Sebut “Fak” nampak sopan sikit...gittewww :’D

Dalam hati “emm..esok la study.awal lagi”.Tup tup esok dah Khamis..adoii..oowhh.Salam Israk Mikraj..:) Bukan tak study langsung tapi rasa macam study tak berkualiti ja.Ada jadual study tersadai kat dinding tu.Tapi tak follow pon.Jangan bagitau Anwar Ibrahim sebab dia tak tau apa-apa tentang jadual study aku.huhu

Time study week ni semua malas..nak bangun malas,nak mandi malas sampai kan nak suap nasik dalam mulut pon malas.eerrr Rambut hampir-hampir nak jadi macam Oprah.

Kroohhh3

Tak sabar nak balik sebabbbbb....nak makan laksa.haha..motif nak balik sebenarnya bukan nak sangat dok rumah.Kat rumah kawan-kawan semua dah kerja,cuti tak sama,jaga anak.Aku yang masih bujang ni kerja tido bangun tido bangun.

Dah lama mak aku tak kejut aku bangun.Sambil goncang-goncang badan.Aku macam nak kena heart attack bila mak kejut.huhu Adik-adik bangun awal.Yang bongsu paling awal.Sebab nak tengok kartun.Padahal dan tingkatan 3 pon tengok lagi Ben10.Sedap aku mengumpat dia padahal aku yang 21 ni tengok Barbie.Kadang-kadang konfius..aku ni 21 ka 12?

Semestinya akan ada yang membidas “Hang tu kalau cakap umur 12 taon pon orang percaya”.Kalau aku naga,dah lama aku sembur api kat muka orang yang cakap sedemikian.Biar hitam hangit lu punya muka.haha
Ok lah.Bosan aku pon dah dimuntahkan kat sini.Niteesss