Thursday, 23 May 2013

My wishlist yang harus diberi penangguhan

Assalamualaikum kepada diri sendiri :)

Aku tak da motif sangat puns nak taip benda-benda mengong luahan hati segala bagai di sini.Tapi memandangkan aku tak boleh tido,taip ja la..Semalam aku tido pukol 4.15 pagi..semestinya punca aku tido lewat ialah bukan sebab assignment :p

Nampak tak wishlist aku kat sebelah kotak kanan?Ekceli setakat ni tu ja keinginan aku yang harus aku pendam buat sementara waktu...Nak buat ulasan sikit lahh ..:D

Pertama sekali rumah...aku ni walaupun baru second year kat universiti,aku sudah bayangkan rupa rumah idaman aku :) Kalau diizinkan aku nak yang comel macam umah Jepun/Korea yang modern.Bukan sebab aku minat korea ka apa tapi dalaman umah depa nampak kemasss...like ! 

kemas,rapi,lantai dia pon bagos.


yang ni macam lebih kepada Inggeris sikit
Tapi sementara nanti aku kerja mesti la kena pindah2 dulu,mungkin duk umah taman dulu kot(dgn yakin sekali ! hahaha)

Lepas tu kan,aku akan beli handphone baru dengan gaji pertama aku...yg lain-lain,aku bagi la duit kat mak dan ayah jugak :) Tahu tak aku sekarang pakai fon zaman dinasour t-rex :o Checkk it out ~

aku sayang sangat nset ni.Yang pertama aku guna sejak Form 4.
Tempat charge dia dah lama rosak..so aku gunakan charger kepit untuk charge bateri.

Sadis sangat uolls :(
Asalnya dia ok ja..tapi adik aku kat rumah depa main tolak2(melawak gaya laki)..lepas tu yang no 2 tertolak yang no 3..kepala no 3 hentam charger aku lepas tu patah then dua2 tak nak bertanggungjawab...Aku ni style touching sikit cakap la kat depa "Aku dah la tak dak duit,ampa wat camni lak kat aku... :'( "

Lepas tu dua2 orang saling memandang dan cakap 
"Wei..kak teriak,,hang punya pasal la" Mekngong betol.Salah dua2 orang..Tapi dah 3 tahun aku bertahan dengan charger ni :) So aku nak beli henfon yang boleh aku wat dengar lagu.haha tujuan aku nak dengar lagu ja..yang touchscreen tak pandai nak taip msg(kuno gila aku).Aku la yang paling kuno rasanya.

mcm praktikal ja yang ni.Leh masuk lam air.

Tak pun beli ja menda alah ni nak dengar lagu..Kenapa la aku ni lagha sangat Ya Allah :(
Kengkawan aku boleh kata 95% guna nset android dan segala macam..Tapi di hati aku,tak terdetik pun nak memiliki yang macam depa skng ni...NORMAL KAH POMPUAN CM AKU?hahaha
Ada la kawan Fb tanya aku ada wechat ka whspp ke tak...aku cakap "Kami guna nset biasa ja" :O mesti dia terkejut haha...

"Ayah,can I buy new phone?"
"No need.Just use your Nokia.As long as you can call and text me"

Hahaha..dialog ku alih dalam BI.

Pastu kan aku nak beli kereta warna pink...haha harap-harap suami aku tak malu dengan warna tu =='(suami la sangat)
Nampak comell kan ? Cam sesuai ja ngan aku.. :D

dANNN ...mestila nak jadi cikgu yang the best ! tunggu na cikgu husna ngajarr :D



Tapi kannnn.....semua keinginan ni akau harus simpan dalam-dalam dulu sekarang.Aku tak layak lagi nak miliki semua ni sekarang....Sesapa pun tak faham..Biarla skuter KDH jadi harta kesayangan aku buat masa ni :) I love you KDH <3 


     Akulah si Husna yang terlalu berjimat tu :)


Okay..bye-bye ~






Sunday, 19 May 2013

Babak menyentuh hati


Assalamualaikum

Tak tau macam mana nak describekan perasaan ni kat sesapa puns....Sepanjang mana-mana aku kenal sesapa yang aku rasa istimewa pada hati aku,sebolehnya aku nak orang tu senyummmm saja dengan apa aku buat.huhu tapi aku pun manusia.Mustahil untuk aku melakukan yang memuaskan hati sepanjang masa..

Dulunya....aku pernah mematahkan hati seorang yang aku kira sangat tulus mengenal aku.T__T how are you now? Tak mungkin jumpa lagi.I am sorry.Mungkin karma tu dah terkena pada aku balik.hmm

Kalau boleh putar masa aku nak kembali pada tarikh 6 April dengan 1 Mei 2013.Hari yang sangat menyenangkan hati. :) Aku berharap waktu 30 minit tu berjalan lambat tapi mustahil jugak nak hentikan waktu pada masa tu...Selepas tamat 30 minit tu,maknanya tamatlah segalanya. :) aku tengah feeling gilos dengar lagu jiwang ni :'(

Apa kena la dengan aku sejak dua menjak ni ?

Hmm

Sabar na husna...

Sabar na... :))