Tuesday, 31 December 2013

Penat


Kadang-kadang ada benda yang tak dapat nak
share dengan sesapa pun

Kadang-kadang memang perlu bahu untuk
aku tumpang bersandar

Kadang-kadang pulak rasa lelah untuk
teruskan hidup kat sini


Dan sebenarnya hanya Dia mengerti apa yang tertulis di hati.Buat yang selalu ada dengan aku,tq so much.Buat yang tak pernah kisah,also tqvm sebab sakit pening kau pun aku tak pernah nak kisah sangat. :’) I’m not alone.

Wednesday, 19 June 2013

Bila hati dah sayang


                              Waaahhh...tajuk pon dah nampak feeling jiwang tu ! Hahaha
Aku just nak share lagu-lagu jiwangs meleleh terleleh dan meletups 90-an aku dok khatam setiap hari.Lol :'D 
Nanti dah cuti aku jarang nak online dah.Maklumlah tak da line..sobbs...Kalau online pon kerja aku tukar gambar fb,buat status yang ntah apa-apa...aku tak tau la kalau ada orang tak suka..tapi whatever I did,I punya fasal la...hehe

Aku minat lagu-lagu sebegini ropa sejak darjah 4 ka 5 ntah...First yang aku suka lagu SPOON-memori sekuntum Rindu...Pada masa yang sama,time darjah 4 sampai drjah 6 aku pon jadi gila Korea.Penangan cita Winter Sonata ngan Autumn in My Heart..Fanatiknya aku sampai dalam beg duit cinonet aku masa darjah 4,aku sanggup gunting gambar pelakon korea..gambar au sendiri tak da tak pa.Janji dapat ku tatap wajah pelakon encem tuh...Kronik sungguh aku...Pastu aku dok wat fanatik Meteor garden plak..Yang F4 dari Taiwan tu.Siap ada buku 555 yang saiz besar sikit tu untuk aku lukis bukan Shan Cai ngan yang F4 punya...Dialog yang sweet2 pon aku akan tulis...Hai la husna...

Bukan tu saja,kat meja study yang ayah aku beli masa aku 6tahun dulu pun aku tempek gambar pelakon korea.Kat meja tu ada rutin harian aku...Kat tepi jadual harian tu la banyak gambar pelakon.Konon-konon buat pembakar semangat nak p sekolah pagi-pagi..Yang tak voleeyyyhh belah,kat jadual tu aku tulis (Pukul 9: Tengok TV,hari sabtu pukul 7 :tengok doremon,pukul 10:berus gigi) kah3..Sampai skng jadual tu ada lagi kat meja tu...

Kenapa aku cerita pasal korea sedangkan aku nak highlight kat lagu jiwang?Ni la jadi bila tak buat rangka karangan.Walaupun penyanyi jiwangss ni tak da la hensem sangat tapi suara ngan lirik tu .... mantop ! (gaya ustaz zamri) Huhu Muka depan ada yang misai tebal,ada yang terlalu kurus cengkung,..yang paling tak tahan style buat rambut ekor kucing...alahhh comel sangat.Hihi Mesti zaman-zaman tu,style macam tu dah dikira rock habes...kih33 !Aku layan time-time dok saja,bila mai mood nak berangan,mood tak tentu pasal :)
Memang gedebuk cair habis.Sekali dengan air mata pon cair :( tapi kena diam-diam ja :p Malu la weoll dah 21 pon nak nangis dengar lagu....haha

Jom buat checklist lagu-lagu yang best

1)Bila Hati Dah Sayang
2)Engkau yang Ku Cinta
3)Usah Ditambah Bara Yang Tersimpan
4)Bunga
5)Bukan Tak Setia
6)Cinta Mu Mekar Di Hati
7)Ratuku

Hissshhh tak larat aku nak taip.Tengok sendiri la gambar ni :

Folder lagu jiwang berkarat..ni baru sikit
Aku tak faham ada kawan dulu kata muka aku sesuai dengan lagu omputeh...so,aku guna ayat dia untuk kata kat kgkwan yang suka lagu jiwang gak...haha

Beg? Termasuk dalam kategori dangdut :)
Nak study belom sampai seru.Padahal esok paper last.This will be my last blog update.I think.hehe tak sabar nak balik hoooray kat umah ni..

yeye ! Cutiii..sila jelossss ! (Fokus kat hidung) haha
         Tadi dah settle dobi baju,cadar,toto,tudung-tudung...tadaaaaa...

Ni baru angkat..Belambak lagi kat ampaian.
                               
                                  " Ada aku kisah hang nak dobi ka nak apa?"

Emmm...Tu ka kot nak cerita kat sini...Lepas cuti kita story2 lagikkkk :) love u

Aku tak harap apa-apa pon dari blog mini nie...aku just nak sesapa ni faham aku gitu-gitu ja :p Aku ok dengan orang yang ok ngan aku..tAPI aku tak suka dengan orang yang cakap kasar n boleh buat hati aku sodihhhh....eceeehhhhhhhhhhh ~
Mana-mana kawan nak contact time cuti,msg/call kat no 013-492**&& taw...jgn 013-429^&*% kerna sudah ku wariskan pada ayah 3 tahun yang lalu..K..salam

                AZAM:NAK TERAWIH LENGKAP ! USAHA !!
                                                     



Friday, 14 June 2013

Pengalaman semalam

Hye...
Wooppp...jangan gelak aku dah tukar guna lagu yang lama.Feeling-feeling konon !
Ambik mood sikit nak taip malam ni.Wuhuuhu.Exam dah makin hampir ke penghujung!Tadi exam Lukisan Teknikal.Subjek yang paling tak faham selain Perniagaan tu =,=(tak faham kenapa tak tanya).Tulah kata-kata hikmat Dr.Abdullah.
Cepat la habis..Tak sabar nak cutiii..padahal kat rumah lagi bosan.Bulan puasa pon dah nak dekat.Confirm la ramai yang dah cari baju raya.Tak terkecuali aku yang gigih tengah-tengah panas singgah kat Nagoya Jalan TAR.Pilih punya pilih berkenan la kat 1 corak ni.Tunggu untuk dihajit dijahit ja.Tak da yang lain dah aku pakai selain baju tradisi yakni baju kurung. :-)

Mesti ramai nanti yang upload gambar raya.huhu Setakat ni aku tak pernah upload lagi sebab hari raya mesti aku jadi serabai.ngeeekkkkkk
Puasa pun belum.Dah sibuk pasal raya.Biasa la nak jugak feeling-feeling raya memandangkan merantau kat negeri orang ni...

Minggu lepas aku ada order sesuatu dari Hishop.com...dah 2 kali aku beli-beli kat sini.Macam-macam barang penjagaan muka,kulit,kuku n semuanya la..tapi aku beli untuk yang muka ja.Memang best la HISHOP ni sebab:

1)Banyak produk yang kita susah nak cari kat mana-mana ada jual kat sini(macam FARMASI BB Cream).Macam aku yang duduk cerok hulu ni mana nak dapat semua tu
2)HISHOP akan bagi kita 2 barangan free(boleh pilih nak yang mana)
3)Layanan dan pengurusan baik n cekap.Order ja terus dapat email dengan tracking code.Senang nak check kat mana barang order tu.
4)Kotak dia cantikk...hehe pink gittteeeww
5)Tak payah nak gerak mana-mana..10,11 kali klik dah boleh beli macam-macam.


Kotak pon dah buat mata jadi blink-blink *_* 

Best pakai time panas-panas...Sejuk ja muka...

Yang ni  bau dia jujurnya aku cakap nak macam bau kapur kasut sekolah ==' tapi sekali gedepukk  tempek kat  muka rasa mcm letak ais kiub...mempercepat proses tido siang sebab selesa.Tak da peluh-peluh kat muka.

Farmasi BB cream ni dah 3 bulan aku guna.Wangiii..aku guna yang LIGHT01.Guna sikit ja tapi memang best !

untuk buat hantaran pon boleehhhh yang ni...
Sooo...jom la ramai-ramai terjah HISHOP !! 

Dan aku ada 1 lagi cerita....semalam tayar skuter pancit.Terhinjut-hinjut aku dibuatnya.Ingatkan ada something lekat kat tayar.Paling tak voleeyyyhhh belah,aku ingat ada hantu tumpang sebab dah macam terhuyung hayang.Takot sangat...kengkawan pakat slow kan moto n tanya "Kenapa dengan skuetr Husna?" Adoyaiiii..sorry..eden pon tak tahu nak jawab apa...alhamdulillah dengan doa dan keyakinan,Allah swt selamatkan aku.Tak da sedikit pon luka atau calar...Terima kasih sangat kat Nazri Misrom sebab dia banyak tolong semalam dengan hari ni.Nak harapkan aku,memang tak tau sangat bab-bab moto ni.Tau bawak ja..Thanks jugak kat Taufik sebab semangat ja dia nak bawak skuter aku p bengkel cina kat SS tu..you guys buat aku terharu walaupun Topik tu kadang-kadang ngekkks sikit :P Jadi pengajaran yang aku dapat,sebelum nak ke mana-mana,check dulu condition kenderaan kita tak kira motor,kereta,lori bahkan jet sekalipon..Penting tau...Jadi malam-malam macam aku ? Nasib la ramai orang lagi.

Relaxnya aku sebab esok tak da exam.Naik benjol kepala sebab 4 hari berturut-turut.Hampir-hampir ja kepala aku jadi ikan lohan.K salammmm ~


Wednesday, 5 June 2013

Stador week

Assalamualaikum...
Sekarang ni tengah study week.Padahal kalau cakap seharian aku sebut SEKARANG=LA(bahasa kedah).Saja buat nerd sikit kat blog.Study week yang tak macam study week.Aku rasa study week kali ni la yang paling teruk.Orang kata lagi bertambah semester,kena lagi skor.Tapi kalau gini la caranya,jenuh nak menjawab dengan Fak Dolah nanti.Sebut “Fak” nampak sopan sikit...gittewww :’D

Dalam hati “emm..esok la study.awal lagi”.Tup tup esok dah Khamis..adoii..oowhh.Salam Israk Mikraj..:) Bukan tak study langsung tapi rasa macam study tak berkualiti ja.Ada jadual study tersadai kat dinding tu.Tapi tak follow pon.Jangan bagitau Anwar Ibrahim sebab dia tak tau apa-apa tentang jadual study aku.huhu

Time study week ni semua malas..nak bangun malas,nak mandi malas sampai kan nak suap nasik dalam mulut pon malas.eerrr Rambut hampir-hampir nak jadi macam Oprah.

Kroohhh3

Tak sabar nak balik sebabbbbb....nak makan laksa.haha..motif nak balik sebenarnya bukan nak sangat dok rumah.Kat rumah kawan-kawan semua dah kerja,cuti tak sama,jaga anak.Aku yang masih bujang ni kerja tido bangun tido bangun.

Dah lama mak aku tak kejut aku bangun.Sambil goncang-goncang badan.Aku macam nak kena heart attack bila mak kejut.huhu Adik-adik bangun awal.Yang bongsu paling awal.Sebab nak tengok kartun.Padahal dan tingkatan 3 pon tengok lagi Ben10.Sedap aku mengumpat dia padahal aku yang 21 ni tengok Barbie.Kadang-kadang konfius..aku ni 21 ka 12?

Semestinya akan ada yang membidas “Hang tu kalau cakap umur 12 taon pon orang percaya”.Kalau aku naga,dah lama aku sembur api kat muka orang yang cakap sedemikian.Biar hitam hangit lu punya muka.haha
Ok lah.Bosan aku pon dah dimuntahkan kat sini.Niteesss 




Thursday, 23 May 2013

My wishlist yang harus diberi penangguhan

Assalamualaikum kepada diri sendiri :)

Aku tak da motif sangat puns nak taip benda-benda mengong luahan hati segala bagai di sini.Tapi memandangkan aku tak boleh tido,taip ja la..Semalam aku tido pukol 4.15 pagi..semestinya punca aku tido lewat ialah bukan sebab assignment :p

Nampak tak wishlist aku kat sebelah kotak kanan?Ekceli setakat ni tu ja keinginan aku yang harus aku pendam buat sementara waktu...Nak buat ulasan sikit lahh ..:D

Pertama sekali rumah...aku ni walaupun baru second year kat universiti,aku sudah bayangkan rupa rumah idaman aku :) Kalau diizinkan aku nak yang comel macam umah Jepun/Korea yang modern.Bukan sebab aku minat korea ka apa tapi dalaman umah depa nampak kemasss...like ! 

kemas,rapi,lantai dia pon bagos.


yang ni macam lebih kepada Inggeris sikit
Tapi sementara nanti aku kerja mesti la kena pindah2 dulu,mungkin duk umah taman dulu kot(dgn yakin sekali ! hahaha)

Lepas tu kan,aku akan beli handphone baru dengan gaji pertama aku...yg lain-lain,aku bagi la duit kat mak dan ayah jugak :) Tahu tak aku sekarang pakai fon zaman dinasour t-rex :o Checkk it out ~

aku sayang sangat nset ni.Yang pertama aku guna sejak Form 4.
Tempat charge dia dah lama rosak..so aku gunakan charger kepit untuk charge bateri.

Sadis sangat uolls :(
Asalnya dia ok ja..tapi adik aku kat rumah depa main tolak2(melawak gaya laki)..lepas tu yang no 2 tertolak yang no 3..kepala no 3 hentam charger aku lepas tu patah then dua2 tak nak bertanggungjawab...Aku ni style touching sikit cakap la kat depa "Aku dah la tak dak duit,ampa wat camni lak kat aku... :'( "

Lepas tu dua2 orang saling memandang dan cakap 
"Wei..kak teriak,,hang punya pasal la" Mekngong betol.Salah dua2 orang..Tapi dah 3 tahun aku bertahan dengan charger ni :) So aku nak beli henfon yang boleh aku wat dengar lagu.haha tujuan aku nak dengar lagu ja..yang touchscreen tak pandai nak taip msg(kuno gila aku).Aku la yang paling kuno rasanya.

mcm praktikal ja yang ni.Leh masuk lam air.

Tak pun beli ja menda alah ni nak dengar lagu..Kenapa la aku ni lagha sangat Ya Allah :(
Kengkawan aku boleh kata 95% guna nset android dan segala macam..Tapi di hati aku,tak terdetik pun nak memiliki yang macam depa skng ni...NORMAL KAH POMPUAN CM AKU?hahaha
Ada la kawan Fb tanya aku ada wechat ka whspp ke tak...aku cakap "Kami guna nset biasa ja" :O mesti dia terkejut haha...

"Ayah,can I buy new phone?"
"No need.Just use your Nokia.As long as you can call and text me"

Hahaha..dialog ku alih dalam BI.

Pastu kan aku nak beli kereta warna pink...haha harap-harap suami aku tak malu dengan warna tu =='(suami la sangat)
Nampak comell kan ? Cam sesuai ja ngan aku.. :D

dANNN ...mestila nak jadi cikgu yang the best ! tunggu na cikgu husna ngajarr :D



Tapi kannnn.....semua keinginan ni akau harus simpan dalam-dalam dulu sekarang.Aku tak layak lagi nak miliki semua ni sekarang....Sesapa pun tak faham..Biarla skuter KDH jadi harta kesayangan aku buat masa ni :) I love you KDH <3 


     Akulah si Husna yang terlalu berjimat tu :)


Okay..bye-bye ~






Sunday, 19 May 2013

Babak menyentuh hati


Assalamualaikum

Tak tau macam mana nak describekan perasaan ni kat sesapa puns....Sepanjang mana-mana aku kenal sesapa yang aku rasa istimewa pada hati aku,sebolehnya aku nak orang tu senyummmm saja dengan apa aku buat.huhu tapi aku pun manusia.Mustahil untuk aku melakukan yang memuaskan hati sepanjang masa..

Dulunya....aku pernah mematahkan hati seorang yang aku kira sangat tulus mengenal aku.T__T how are you now? Tak mungkin jumpa lagi.I am sorry.Mungkin karma tu dah terkena pada aku balik.hmm

Kalau boleh putar masa aku nak kembali pada tarikh 6 April dengan 1 Mei 2013.Hari yang sangat menyenangkan hati. :) Aku berharap waktu 30 minit tu berjalan lambat tapi mustahil jugak nak hentikan waktu pada masa tu...Selepas tamat 30 minit tu,maknanya tamatlah segalanya. :) aku tengah feeling gilos dengar lagu jiwang ni :'(

Apa kena la dengan aku sejak dua menjak ni ?

Hmm

Sabar na husna...

Sabar na... :))

Thursday, 25 April 2013

Pernahkah perempuan lain merasa begini juga?


Assalamualaikum

Dah lama tak taip kat sini.hmm Pernah tak perempuan lain tiba-tiba rasa "semacam" macam apa aku rasa...? Pendek kata merasa perasaan dengan emosi macam gambar ni :


Pernah tak rasa sesuatu ayat yang mengguris perasaan walaupun diri sendiri punya salah?

:'(

Aku cuba menggembirakan orang-orang disekeliling.Tapi andai kata apa yang aku buat tu tak mampu membuat hati senang,aku minta maaf....

I'm not perfect...





Entry kali ni 100% tiada unsur lawak..huhu Sapa-sapa pernah rasa macam ni tak tentu pasal boleh la kongsikan.Bila aku rasa camni,langkah yang aku ambek ialah dengar lagu jiwang-jiwang karat gitu.Sebak dalam hati.


Memandangkan dah nak dekat tarikh mengundi,nak ucapkan selamat mengundi kat sesapa yang dah berjaya  daftar undi tuh...aku belum lagi.Buatla pilihan yang betul.Jangan main pangkah ja... :) Pasal politik kena ambil tahu jugak..



Calon sesat niehhh..

Goodnite.Salam...

Wednesday, 20 March 2013

Teruja

Assalamualaikum

Adakah bila kita inginkan sesuatu dan bila kita dapat kita akan menunjuk?
Adakah bila kita bersungguh-sungguh nak kan sesuatu bermakna kita ada maksud tersirat?
Macam mana pulak kalau sebenarnya kita memang ikhlas.

Errhh ! Dalam psikologi sendiri aku belajar Islam pentingkan niat.Tapi niat untuk memiliki sesuatu tak menghalalkan cara nak dapatkan nya.Pernah dengar kisah Mat Komando di Kedah.Heboh pasal tu 1 masa dulu...
Sedang buru mat komando

tempat dia kena tembak
Pasaipa aku boleh bukak cita mat komando pulak...erhhh..ahh,dengar kata dia ni merompak sebab nak tolong orang miskin...Nampak tak bahawa niat dia baik tapi cara dia salah.Macam ustazah pulak ==' tapi tak pa,dia pun dah arwah.Semoga dia tenang kat sana....Aku harap tak jadi lagi kejadian macam ni.

Semalam aku test 2 paper.Akuakultur ngan kemahiran berfikir.Gila punya susah soaln.Kenapakah ??? (ayat BM ada ka kenapakah?)


Lihat saja nama-nama subjek sem ni pun dah macam nak pengsan >.< Bac pendidikan sains pertanian dengan Fakulti pertanian memang tak boleh dipisahkan.Walaupun kmi dari fakulti Pengajian Pendidikan...:O
Muka macam ang nak jadi cikgu..? Yes why?Jangan menyibuk.
Tahukah anda 1 fakta ini.Bahawasanya subjek Akuakultur diajar oleh lecturer dari Iran !! Pemahaman tentang kosa kata yang beliau ungkapkan dalam English sedikit pelik.Kena betul-betul fokus baru dapat faham apa dia sebut.Kadang-kadang dia tulis nombor dalam tulisan arab.Nasib baik sekolah rendah dulu aku hamek Arab :PP

Apa yang aku ceritakan? Sat Mat komando,sat pasal study...Mesti aku jadi macam ni sebab panahan mood test semalam tak habis lagi.Semalam lepas test terus p pasaraya Borong Big dengan Anim untuk membeli tepung.Tepung?Ada besday sesapa ka?Oh tidak sama sekali.Aku takkan sesekali beli tepung untuk aku baling pada sesapa yang sambut besday.Kami beli untuk wat cucoq bawang.Hihi tapi sayang gambaq cucoq tu lupa nak snap.Orang KL panggil cucoq tu kuih ka.Tapi yang kami buat ni cucoq tepung campur bawang.Takkan dalam istilah KL bunyi kuih tepung bawang ??Ke canne? haha

Dan satu lagi.....................aku telah mengorder 1 BB Cream yang sangat baik untuk kulit(katanya la).Ntah macam mana aku boleh order.Kalau tak silap Fb ada suggestkan 1 page tu.Lepas ja aku bukak terus aku order dan barang dah dapat !! Excited aku p tanya kat kaunter pjsd.Hari-hari bukak email n copy track code tu untuk cek kat website pos laju.Nak tengok barang aku tu dah sampai mana.Hihihi (gelak hantu)

sabar..sabar.....
............
..............
......................
...................................
.................................................
...............................................................
.......................................................................
........................................
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Cam bentuk payung pulak ahaha
lepas aku robek kan kulit luar dia


Selamat sampai pada ibunya !! :D

Terima kasih HiShop (tekan saya laju-laju) sebab telah bekerja dan melayan pelanggan anda dengan baik :)


motif?

Baru beberapa hari pakai,aku dah berkelakuan macam ni.


Bye-bye


                                   

Saturday, 9 March 2013

Clean lagi clear


Assalamualaikum..Salam pagi ahad.:)

1st entry for March.Malasnya aku nak taip sejak beberapa ketika ni.Aktiviti harian diisi dengan tidurrrr memanjang time petang-petang.Pakej bonus pulak kalau cuaca redup-redup.Huuhh..memang best la.(Konfem orang cakap pemalas betol la budak ni).

Aku dengan kawan da beli da rice cooker.Ajaibnya rice cooker tu boleh masak macam-macam.Aku baru ja taw kecanggihan tersebut.huhu Dah lebih kurang 4 jenis masakan kami cuba..Spaggeti,sup ayam,sotong masak kunyit dan kobis goreng telur.Nasi goreng pun da pernah masak.Semuanya menjadi.Tapi nak goreng tu payah la sikit dek kerana rupa periuk yang seakan-akan kopiah tu T.T







Sup ayam.


Aku dah terlajak pulak.Padahal nak cerita benda lain.Testimoni yang aku maksudkan ialah pencuci muka.Tak tau la baru keluar atau dah lama.Clean and clear deep pore action cleanser !

Berjaya kawal minyak kat hidung(gambar hanis zalika ! )


new model ! haha tq meow
Lepas guna ni muka terasa ringan bak kapas! Haha Kadang-kadang aku rasa macam semua pencuci muka sama ja.Sebelum ni aku guna Olay yang macam cream pencuci tapi dia jenis tak berbuih.Meluat pulak aku rasa bila cuci muka takda buih-buih ni sebab rasa macam abnormal.T__T
Alhamdullilah sejak sekolah lagi aku jarang sangat nak dikurniakan jerawat walaupun tension macam nak hentak-hentak kaki kat dinding.Erkk..tapi sekali dia naik,habis mencucuk-cucuk dalam hidung..Sakitnya Ya Rabbi...........Aku kalau tension sangat naik taik lalat.Tak da pun lalat mai berak kat muka aku.Hisshhh...Aku teringin nak beli Hadalabo nie..Ada sapa-sapa pernah guna tak?

                                  

Dengan Arbutin semulajadi..
Tapi sampai skng tak terbeli lagi.Masih tak dapat sponsor duit nak beli.........anyone?

                            HADOLABO(click me)


Kenapa tak gemuk kat tangan ka siku ka? Kenapa mesti gemuk kat muka ??(kesan makan nasik banyak)



Thanks for reading...adiosssssss........selamat berhujung minggu <3








Tuesday, 26 February 2013

Bukan main masak-masak

Saya dan kangkung..
Nonsense ! Nonsense !

Zamalakun nabekuikui namamnaahsjsdjdkjv bdkjbnk nd k

*Bahasa merepek kat atas tu*

Aku dah masuk minggu kedua kuliah ya tuan tuan dan puan puan.P kelas macam jasad yang bernyawa tapi kurang berakal.Minda masih kosong(mungkin terpengaruh dengan lagu anak Pak Latif).
Sem ni diharapkan berlalu dengan cepat macam sem lepas yang mana aku mengalami kejutan hidup apabila pindah ke kolej serumpun.Dari sebesar-besar bilik di kolej 13 hingga sekecil-kecil bilik di Serumpun..Maunya tak terkejut.Tapi sem ni aku dah biasa.Solat dengan Hanim di depan aku dibelakang,makan bersila di lantai siap tanya 

"Ampa nak makan dah ka? jom"

Kewujudan kami berdua amat dirasakan sekali di bilik 330 ni memandangkan lagi 2 orang tak mengeluarkan kata-kata.Hanya dapat dengar bila depa cakap tipon.Mereka punya suara rupanya...hahaha

Malam ni Kedah lawan Johor.ada orang bgtaw.Ntah betol ka x..(secara tiba2 aku mention tentang bola)...Bosan wei bosan..Daripada aku dok bosan sorang2,baik aku taip kat sini..Kalau aku cakap sorang2 kat tepi loker kata aku gila pulak...Kat umah hari-hari aku tengok TV.Boleh kata hidup aku time cuti bergantung pada TV.Start dari pukul 11 sampai 4 petang wajib TV3.Melayan sinetron,cita Filipina,buletin 1.30 pon aku bantai...Sampai usung pinggan makan nasik depan TV.Betapa gigihnya aku ulang alik dari dapur ke depan TV.Dan tabiat tu menjadi ikutan adik2 aku.Kalau aku malas hanya tinggal cakap..

"Ang nak p dapur satg bubuh nasik banyak sikit.Aku nak sama.Bawak aiq mai kat aku sekali"

Bagus juga bila punya adik yang mendengar kata.haha Lepas aku makan tengah hari baru aku mandi.haha sebelum tu aku berhempas pulas jugak masak kat dapur(tapi bukan hari2).Nak tengok tak masakan aku?Walaupun aku dilabel tak reti masak oleh beberapa orang...hampeh.

Ni kek hasil penat tapi tak lelah aku.
Ada lubang-lubang sebab aku dok cucuk2 time dia tengah on the way masak.Jangan tiru aksi tu.


ni aku panggil ikan masak air.haha

Sawi goreng.Bab menggoreng ialah kesukaan aku kecuali goreng ayam..meletups!


Sambal telur,bendi goreng siap ada ulam timun lagi !!
    Good night ! Daa~