Sunday, 23 September 2012

Grandpama

Kepada yang memegang status cucu/grandchild
Tok dan wan=Nenek dan datuk :) hehe ataupun mungkin ada yang panggil opah.

Tok aku berusia dalam 80-an(tok orang lain mugkin lebih muda/tua).Wan aku tua sikit dari tok aku.Kiranya depa dua dah lahir zaman Melayu dok makan ubi kayu lagi.Wan aku dulu Home Guard.Macam polis gitu la masa Jepun serang Malaya.Tak caya?
Ada sijil penghargaan wan aku dapat kat umah.Wan ampa pun mungkin ada jugak yang masuk home guard tu.Ntah2 member lama wan aku.haha Kecik2 dulu memang selalu dengar tok dengan wan cita pasal Jepun,pasal susahnya hidup nak makan,nak keluar ke mana2.Aku boleh dikatakan dah tersemat semangat cintakan negara dari kecik :pp

Kalau tak cerita pasal Jepun,Komunis @ cita era2 dulu,sebelum tidur tok aku cita tentang pelanduk.Kih3.Macam2 soalan aku tanya masa tok aku tengah cerita.Ceritanya tentang pelanduk yang suka pekena kawan2.Jahat pelanduk tue(bagi aku masa tu)heheee..Tok aku siap nyanyi2 lagi ..wan aku walaupun dah tua dekat 84 dah tapi masih sangat bertenaga.

Kalau aku balik ja,wan aku selalunya akan beli daging dengan tulang2 lembu semua untuk buat sup bagi aku makan.Katanya bagi kuat.Aku pun makan macam karnivor la hari tu.Memang sedap sangat.Wan aku jugak macam farmasi mini.Bila aku mai u,wan aku akan p cari segala macam ubat kat farmasi utk aku bawa ke u.Contohnya:Ubat cirit,ubat angin,ubat memulas,ubat demam dan yang terkini ubat tambah selera makan.:D Tq wan~ ayah aku pulak keja beli ubat herba China tahan panas dalam badan...

                                                 "Yah,hidung keluaq darah"
                                             "Hg x makan ubat Yin Chiao ka?"

ya..memang tak makan...ingatan ayah aku sangat kuat terhadap ubat herba tu..
Wan(Hj Jusoh Bin Lebai Sulaiman) sedang leka mengikuti perkembangan semasa di Kosmo!)
Kadang2 wan aku malas nak baca @ tak berapa nak nampak,aku atau adik2 aku akan baca.Aku baca memang macam pengulas sukan kot.Walhal aku tak faham sangat apa yang berita lam paper tu cuba sampaikan.
Baru2 ni masa cuti,tok aku jatuh sebab tersadung kat tikar depan tu.Masa aku tengah tido.Patutla dengar bunyi orang dok panggil aku.Masa tu tak da sapa kat rumah..bila aku tengok,tok aku dah terbaring.Aduuhh...aku pon himpun tenaga yang amat dasyat nak angkat tok aku.

Dan kerjaya aku sebagai nurse sambilan bermula.......
Bagi mandi tok aku,sikat rambut,makan dan sebagainya.(Aku rasa aku dah macam caring tapi jawapan masa aku temuduga nurse:anda gagal !)
Tok............

Hoho...tok aku jatuh masa bulan posa hari tu.La ni lega dah ..Tok dengan wan yang sebelah mak pun sakit jugak sebab jatuh bilik air.Wan pulak jalan pakai tongkat.(Aku balik tengok dah macam tu dah).Tok sana nama Tok Siah dan Wan Mad.Tapi tok sebelah mak tak dok sekali ngan aku.

Tok aku(gambar di atas) la yang dok jaga aku masa kecik(Di samping penjagaan mak aku la).Depa kata mak aku takot nak pegang aku masa mula aku lahir.Sebab aku "lembik" katanya.Maksudnya macam aku ni terlalu lembut untuk disentuh kot.hihihi..so,tok aku yang pro la mandikan aku dulu.
Ada jugak ngah ka mak lang aku tak tau kata aku lembik cam kain buruk.Yang ni mang tak faham.Kain buruk bukan keras kew..??? Perumpamaan yang salah berlaku masa nak mendiskripsikan "kelembutan'' aku dulu masa baby.hahaha
aku yang macam kain buruk kini telah membesar.....:P
Kesimpulannya,aku mendoakan kesejahteraan dan kesihatan dan kebaikan dan semuanya lah untuk mereka...
                                       
Doa panjang umur:


                           *Sapa yang tak nak doa untuk orang yang dia sayang kan?*

Friday, 21 September 2012

cuti yang hilang

Assalamualaikum kpd anda yg membaca : )
Blog ni telah berubah menjadi sangat pink.Padahal aku tak da la suka pink sangat..
Huhu..di malam yang sunyi ni tiba2 teringat nak taip kat blog yang wujud sebab tugasan sem 2 dulu.Kawan-kawan yang lain banyak yang dah tak mempedulikan blog yg dah dibuat dulu.Tapi aku masih berkeinginan nak jenguk2 walaupun tak da apa-apa yang menarik...

Aku baru masuk minggu ke-2 kuliah semester 3.Semester ni aku banyak belajar kat fakulti aku.Fakulti Pengajian Pendidikan.*Ohh cikgu*...tapi dekan awai2 lagi dah kata"kamu yang masuk sini belum tentu 4tahun lagi dpat jadi guru"..hmm

tapi lepas masuk kelas Tanaman Perladangan hari tu,Prof tu cakap kami boleh mintak kerja dengan RISDA,LGM,FELCRA dan banyak lagi agensi2 pertanian yang lain.Boleh jugak jadi usahawan dalam pertanian.ehehe.. ayah aku nak sangt aku keja ngan RISDA.

Permulaan sem ni sangat tak berapa best.Kena tukar kolej lain.Kolej yang dulu punya besar macam gelanggang futsal(mungkin).Kalau beza skrg ni,luasnya 3 kali ganda kecil dari bilik kat kolej dulu(sangkarr burung).
             
                           "Ayah,bilik sempit..x syok.Nak dok umah sewa"
                         "Rumah burung lagi sempit.X payah dok umah sewa.Bahaya !"

Ramai susah nak percaya bila gtau keadaan.Apa yang ditanya "Sempit sangat ke?".Tapi sekurang-kurangnya ada bilik jugak kan?hoho Dan aku mengangkut barang dari kolej lama hanya sorang2.Ada sorang kawan tolong.
                                                     *tHANKs Ida Nazuha*
Penat mang x terkata.Mang time tu rasa geram dengan mata2 yang memerhati.Sakit urat 1 minggu gara2 angkut barang.Sakit semua tempat.Huh!!Bawak turun dari tingkat 4 pastu p kolej baru angkat ke tingkat 3.Masa tu sapa sent mesej kat aku,tipon aku bakal jadi tempat aku lepas geram.Amekaw!Barang aku sangat banyak.Baru2 ni da pos sekotak besar bawak balik rumah.(Tindakan akibat x larat simpan banyak sangat barang.)

Cita benda2 ni wat aku rasa geram pun ada.Aku mau tukar cita lain.Cita tentang kejayaan aku.:D
sambal udang
Lihat atas:haha
Dok kat u kan tak masak.Keja beli ja.Terhapus bakat aku kalau macam tu.Ni aku masak untuk adik bongsu aku.Tunggu dia balik sekolah.Sampai ja dia kat rumah,aku suruh dia p dapur.Lepas ja tengok sambal kesukaan dia,terus p salin baju sekolah.Tengah makan dia kata,

  "Kak,awat hang x buat jual? Mesti laku"

Hahaha.kembang semangkuk.*Dia hanya nak aku masak macam2 kat dia tiap2 hari ibarat dia seorang prince* macam la aku tak tau.Tapi aku agak termakan dengan kata2 dia.:D
Jadi bagi sesiapa yang nak cuba,,,

Mula2 blend cili kering dengan bawang besar + belacan. tambah air sikit.Kalau x,mang x berputar la blend tu.ha3.Pastu tuang minyak sikit lam kuali untuk tumiskan bawang merah + bawang putih.
Masukkan cili yang dah blend dalam tumisan tadi.
Kacau2 pastu boh halia sikit.Bila dah mendidih letak udang lam tu.Nak pedas lagi boh cili padi/cabai melaka.Kalau aku,suka boh daun limau prut sama(Wangi....).
Tambah asam keping,garam,air,gula sikit...Siap !!
Boleh cuba,x berbahaya ok .. :))