Sunday 24 June 2012

ayam pulang ke sarang


assalamualaikum
Hari ni tepat 4.15,melangkahnya aku kuar dari dewan exam sbg ex-1st year !!! yaaaa...
Satg p pudu terus.Pakcik teksi aku bayaq antaq p pudu.X kelapaq dah naik Ktm,Lrt apa benda semua tue ! Berhimpit2.Aku dah la "TERLEBIH" tenaga ntok angkat barang,berhimpit,bersesak2...
Huh....
dan cuti ni aku nak :

tanam sayur (aplikasi seorang guru sains pertanian :p)
masak memasak.Nak jadi chef sorang2 aku
nak main ngan anak2 spupu puas2
paling penting...........nak makan banyak2,tidur n main game !!!


dan tak lupa jugak bulan posa yang nak dekat dah ni,azam nk p smyang terawih.Nak bawak moto bg cekap.Boleh bawak mak aku...hahahaha.lesen smpai mampus pun aku dok ketaq bawak moto lagi.

Kpd rakan2:Boleh send mesej,boleh tipon kalau rindu aku lalalala

n nak ucap gak thank you sebab jadi kwn2 aku.Kalau da salah silap,harap maap..! selamat hari lebaran.
p/s : Taon ni aku cadang nak buat warna pink utk baju raya.jom ?
my classmates.gambaq curi.

best friend aku.sayang gila kat dia.peghak masa mula masuk u.

semoga kita berjumpa lagi...~




Tuesday 5 June 2012

SERANGGA PEROSAK(PEST)

Serangga perosak ialah sesuatu yang amat menakutkan para petani dengan ancamannya yang sangat memberi kesan negatif.Jadi bagaimana kita boleh mengawalnya?
Antara serangga perosak

A)Amalan ladang(Cultural Practices)
-melakukan tanaman giliran di mana kita tidak hanya menanam tanaman yang sama setipa musim kerana serangga perosak akan menjadi dominan terhadap pokok yang sama
-Pembersihan kawasan
-Pembakaran
-Jarak tanaman yang disyorkan

B)Kimia
-Semburan racun
-Fumigasi tanah(Perlukan orang yang profesional)

c)Biologi
-penggunaan pemangsa
-penggunaan patogen(Bacteria)

RUMPAI (WEEDS)

Apakah itu rumpai?
Rumpai ialah tumbuhan yang tumbuh bukan pada tempatnya.Ia ialah sesuatu yang kita tidak kehendaki pada umumnya dan juga tidak diketahui manfaatnya.Yang memburukkan keadaan ialah kerana rumpai akan bersaing dengan tanaman untuk mendapatkan ruang,nutrien,cahaya dan lain-lain yang bertunjangkan faktor pertumbuhan.
Contoh gambar rumpai
Apakah ciri-ciri rumpai?
-mengeluarkan biji benih yang banyak
-pertumbuhan populasi yang sangat cepat
-ada biji benih yang dorman(ketahanan tinggi)
-mempunyai adaptasi untuk merebak
Apa pula masalah yang bakal dihadapi akibat masalah rumpai yang tidak dikawal?
-hasil tanaman berkurang
-kualiti hasil rendah
-menjadi hos kepada patogen
Sungguhpun rumpai memberi masalah,namun ada juga kebaikkannya;
-melindungi tanah dari hakisan
-habitat dan makanan hidupan liar
-sumber nektar untuk lebah
-menambahkan bahan organik dalam tanah apabila ia mati dan mereput
-mempunya nilai estetika

Lalang merupakan contoh rumpai yang sangat sukar dihapuskan